Khamis, 1 September 2011

Kemenangan dan Harapan Ramadan



Selama sebulan kita menjalani ibadat puasa dengan penuh patuh dan taat. Selama sebulan kita menempuh hari yang penuh cabaran dan dugaan. Kini kita meraikan kemenangan kita dalam jihad besar, dalam peperangan hebat iaitu melawan dan menundukkan hawa nafsu.

Semasa berada di dalam Ramadan kita telah ditarbiah untuk membendung dan menangkis segala godaan syaitan. Kita telah berjaya membersihkan diri kita, iman kita, rohani kita daripada karat-karat dosa dan noda kemaksiatan dan kemungkaran.

Kini sambutan Eidul Fitri merupakan perayaan kembalinya kita kepada fitrah kesucian lahir dan batin kerana karat-karat dosa yang melekat pada diri kita telah kita kikis oleh proses pentarbiahan di dalam Ramadan. Sabda Rasul SAW yang bermaksud sesiapa berpuasa di bulan Ramadan bertunjangkan keimanan dan mengharapkan keredhaan allah, maka diampunkan dosanya yg lalu 
(Muttafaqun A'laieh).

Semoga tarbiah Ramadan menjadikan kita hamba yang bertakwa. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan