Ahad, 2 Mei 2010

"kekasih" KU

Nak share tentang kekasih aku ni….

Penyayang sifatnyer…

Bulih dikategorikan dalam level “CINTA SEJATI”….
Ape taknyer, masa aku susah mintak tolong saje kat DIA, for sure akan datang bantuan daripade DIA…
Bile aku susah hati, boleh terus ngadu kat die DIRECT!! Bile dah ngadu kat die rase peace je hati ni..for sure lah kekasih kan??

Ish, beruntung betol dapat kekasih macam ni…tak pernah melukakan hati aku. Bila-bila mase aku boleh contact die. Yang seronok tu, betul-betul rasa DIA dekat kat hati ni! Yela, cinta punya pasal kan?

DIA tak kisah pun aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah…Sebab kalau aku ingat n contact je kat DIA, sure macam-macam la aku dapat. Tak kiralah material ke….spiritual ke…..emmm mmg kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca jer surat yg DIA bagi tu. Macam macam nasihat yang ada di dalam tu, siap bagi example nak suruh aku faham. Sebelum ini, aku pernahlah juga frust. Memag sedih giler la masa tu. Yela, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je.

Tapi, KEKASIH aku yang ni lain. DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frust tu. Siap dapat semangat baru lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh hati dengan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih…what u give u get back…so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat la kan?

Kekasih aku ni baik-baik sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam..area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau terjaga, aku sure akan contact DIA, mesej DIA. Rindulah!!!

Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya…millionaire…billionaire…dan ntah apa ‘naire’ lagi…Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak??? Free of charge…tapi aku tak sedap hatila..mestilah kena hargai apa yang DIA bagi kat aku kan??

Mak aku kata kalau orang dah bagi, suka ke, tak suka ke, ambil je lah..pastu pandai-pandailah balas budi tu. Itu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…cheWah!

DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh. Kalau boleh, belajar semua ilmu. Sebab KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+gineus…

DIA kata tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat sia-sia.. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la. Ermm..aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA. Lagi pun belum bersedia lagila…tapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nanti mesti jumpa.

Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak, takut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang aku ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku kan?
Takpelah, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, siapa-siapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun.

Ish rindu dah ni!!


arkib

1 ulasan:

  1. astaghfirullah...
    kita sering terlupa kat KEKASIH sejati kita

    BalasPadam