Sabtu, 12 Jun 2010

SAYANGnya ALLAH kpd KAUM WANITA....

1. lelaki bujang terpaksa menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

3. Anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

4. Suami wajib bagi nafkah pada isteri. Namun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Orang lelaki perlu tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.

i - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan si tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan & permata tidak akan dibiar bersepah. Itulah bandingannya seorang wanita.

ii - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

iii - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak - anak.

iv - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

v- wanita wajib taat kpd suaminya.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

vi - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

vii - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...
Lihatlah wahai KAUM WANITA betapa ALLAH menyayangi kalian...

WALLAHUA'LAM

1 ulasan: